Thursday, April 14, 2011

C.I.N.T.A

   lagi dengan entri baru. :D okay kat sini ada dua rangkap puisi kot aku rase yang aku terbace dari blog sejuta stanza selamba. dan aku amat tertarik dgn puisi mereka ni.  


Cinta pada kekasih sehati sejiwa?
untuk ini punya cerita,
aku membisu mulut,memekak telinga,memejam mata.
kerana aku masih hina untuk mencinta si hawa
kisah yang dibina semuanya hanya untuk duka lara
senyum meleret cuma seketika cuma.
semua kerana
cinta pertama yang masih utama.
untuk melupa,tidak tercukup dihitung masa.
bagaimana aku mahu mencinta si hawa
dengan cara yang sebenar?


Cinta pada diri empunya?
ini memang aku mahu bertanya
bagaimana?bagaimana?dan bagaimana?
semuanya sudah dijalar,
dari selatan ke utara,
ketemu sudahkah identiti sebenar?
atau masih lagi beronar-onar?
sudahkah aku sudah bersedia
berdiri di kaki sendiri menjunjung dunia?
bagaimana aku mahu mencinta diri
dengan cara yang sebenar?

kalau nk tahu puisi ni yang full version punya. sila click di sini :)

No comments:

Post a Comment